Saturday, April 9, 2011

p/s: :)

lega sgt semua nye dah jd cam bese. hapy sgt! :)

p/s: u make me smile again. :) thanks. 

Wednesday, April 6, 2011

Ceritera tentang lelaki..

Aceceh.. Gadis mana yg boleh hidup tanpa lelaki? Jgn nak main aci tolak tarik tali oke kat sini. Disebabkan aku jugak dinamakan seorang perempuan, gadis, atau wanita, oh belum lg sampai tahap tu. Heheh, ta nak mengaku tua lah tu! J mia..terimalah hakikat yg anda already 20th this year. Dah boleh kawin dah pon. Ngee~ gatal!
Kalau korang lah kan, korang nak definisikan LELAKI ni ape yer? Seorang yg ego? Hipokrit? Pemalas? Adeh! Think positive lah bha. Yg –ve kite kutuk belakang-belakang nanti oke. :D heheh, maaf pakk.

Cerita pertama:
Inche L: awak dekat mana ni?
Inche P: kat bus stop. Tgh tggu bus nak balik rumah.
Inche L: awk tggu situ kejap lg sy sampai. Oke, bye.
Tut..tut..tut.. ( talian dimatikan )

Dari sini macam2 tanggapan boleh buat dekat Inche L td bukan. Waa inche P, anda sungguh bertuah dapat Inche L. Caringnya dia. Soooo gentleman. Mr. Right. J Kalau ada lelaki macam tu, die sungguh2 dgn diri anda. Sanggup berkorban tok org yg dia sayang.


Cerita kedua:

Inche L: Kau apahal kacau perempuan? Eh, kalau nak lawan jantan dengan jantan laa.
Inche Gile-Gile: Sory lahh bro. Kitorang tak kacau awek ni dah. Oke?
Inche L: korang blah skg!
*****the end****

Kalau satu perkataan je aku boleh bg berdasarkan cerita td------> GAGAH!
Sememangnya lelaki berani kalau macam tu. Dasyatt kalau anda dapat lelaki macam ni tau. Jgn dpt yg YA A’AU sudahlahh. Haru laa~ alek2 bukan korang yg cabut, die duluan cabut dulu. Aisehhmen.


Cerita Ketiga:

Inche L: untuk awak. (sambil hulur sejambak bunga)
Inche P: untuk saya? Terima kasih awak. Sayang awak sgt. (dgn mengada2) NAK KENE HEMPUK DGN AKU LAH TU. MENGADA2 BETOL POMPAN NI! :P

Yang ni romantik. So sweet! Hai, meleleh laa sume pompan kalu semua lelaki mcm ni. Erkk? Tp bukan semua perempuan layan bunga laa mia. Remember that.

Banyak lagi pandangan aku terhadap lelaki ni. Si dia COOL. Si dia SETIA. Si dia PEMURAH. Si dia BERTANGGUNGJAWAB> PERAMAH>JUJUR>KREATIF>HENSEM>SMART>bla bla bla.

Stop it mia. Heheh, act bukan tu yg aku nak cakap kat entry ni.

Sebenarnya, cakap je LELAKI.......

1)      EGO
; takde bende lain dah. Memang sinonim dgn lelaki. Tak boleh nak lari mane dahh. Kalau dah salah tuh, mengaku jela salah. Tp ni idakk, seboleh-bolehnya die buat dekk je. Sabo jele (versi hantu kak limah balik rumah)


2)      PEMALAS
; ta payah tunjuk kat lelaki lain. Abg aku sendiri pemalas. Hailohh. Payah. Mak aku penat la bising. Pot pet pot pet. Bilik die tetap macam titanic yg dah karam. Haruu sungguh! Macam mane laa lelaki ni kan. Agak2 budak lelaki ni akan berubah ke kalau dah kawin? Ha ha ha. Dpt isteri yg queen control baru die berubah la kot. Padan muke! :D


3)      PLAYBOY
; lg2 bile si budak ni muke yg bole bla tu. Maksud aku yg leh buat lelehhh tu. Hensem lahh. Ala-ala baby face tu ha. Pompan mane tak cair yunk oi! Kalau aku pon lah, heh tidur dlm senyum tuh! J Muke2 yg mcm tu la besenye memangggg kaki pompan. Keliling pinggang! Peritt bile terkene beb! Huh. Tp zaman skg bukan mamat cam tu je yg kaki playboy. Hui jgn tak tau, muke cam mat-mat rempit tu pon skg da pandai daa. Pompan keliling jugak. Kalau pasan skg ni la, tgok couple ni, perghhh pompan sikit punye lawa! Tapi tgok BF, alamak! Macam pecah dinding! Tu bukan gune muke tu, tp lelaki tu gune ayat! Aduhh. Susahh.

Damn! Aku ase cukop sampai cini laa. Korang boleh judge sendri makna tersirat dr seorang yg bernama lelaki ni. Have a nice day dear. J

Hipokrit ! Ah, itu aku.

Kalau org tahu, mesti org tu akan jauhkan diri dr AKU yg sememangnya hipokrit. Haha, hipokrit. Selalu sgt bila ak tgok kat status kawan2 aku. “tak payah nak hipokrit sgt laa kan”. Damn. Aku terasa sangat. Bg aku semua org hipokrit. Sungguh! Alah, ta payah ckp korang TAKK la kan.
Dekat sekolah korang pakai tudung. Kat luar korang bukak. Can i say that is HYPOCRITE?
Sungguh laa banyak manusia macam tu. Termasuk aku. Fine, aku mengaku. Memang time sekolah uiii berlitup abes. Pijak semut ponn semut tak mati. Tp nazakk laa kot. :P uisshh, semut dgn manusia, mcm manusia dgn gergasi. Tak mati namenye tu? Balik pd topic, kalau abes sekolah, memang melayang laa tudung td. Tinggal laa tudung hitam berjurai-jurai. Kekadang macam-macam warna jugak tudung tu. Perang, brown, biru, merah, kuning, hijau. Bagi pulak yg suke tukar-tukar warna tiap2 bulan, macam iguana. So, buat kawan aku yg td tu, tak payah cakap org lain hipokrit. Anda pon hipokrit jugak. jgn ckp aku tak tahu kau pon same je perangai cam aku. Kann?
Ada tu, pompan yg pakai tudung, tp baju singkat, lengan pendek. Halo halo. Baik tak payah pakai tudung. Anda sememangnya hipokrit juga. Then nak jeling2 dekat kami2 yg free hair ni macam kami sggggttt bersalah tp anda tidak. What theee..........
Berceramah segala bagai kat orang, anda pon lapan kali lapan jugak. Can i say that also is  HYPOCRITE?
Yg ni susah sket aku nak cakap. Takot nanti ade yg terase pulokk. Tok senang cerita, aku bg contoh laa. Sorang minah  ni namenya Serbia. Kawan dia sorang lg name Chucky. Nok jdkan cite, si serbia ni sungguhlah kaki segala sosial. Minum lg. minum ape? Pandai2 korang lah pk. Si Chucky ni dapatlah tahu yg serbia ni penah teguk air setan tu. Ape lg, die ceramah laa sampai tak cukop kitab die nak bg telinga si serbia ni bernanah. Haru la kau kene serbia. Tp, setiap manusia ni kekadang ada pasaan rase bersalah bila dah buat salah ni. Serbia ni sujud mengadap Allah. Tp yg lg haru, memang tempah maut bile serbia ni tgok si chucky ni 5 waktu dok bertapa kat surau. Tp bukan solat, MEMBUTA! Halo halo. Jenis apa anda ni? Nak nasihat org, tp anda pon 8x8 jerr. Haru~ korang dpt tangkap ape dr cerita td? Renung-renungkan dan selamat beramal~~~ J ( anda boleh pk siapa yg hipokrit dr cerita td bukan? So, dr korang membabi buta maki hamun kat org lain, baik pk diri anda dulu )
 ‘lawalah kau hari ni.’cik mulut berkata. ‘eleleh, bukan lawa ponn.’cik hati berkata .
Act, yg ni jarang-jarang berlaku. Kekadang je pon kot. Mungkin ada spesis manusia macam ni. Tp tak kan aku nak bocor rahsia dia pulak kan. Kalau mulot si perempuan coklat ni dah mula bercakap, ‘eh lawa laa SITI kau punya baju.’ Selang seminit, ‘lawanya kau punya rantai.’ Selang 30 minit, ’beb, lawalah kasut kau.Bru aku perasan.’ Huh. Dalam hati? Korang agak betul ke ape yg dia cakap tu? See, dalam hati ‘eleleh, bukan lawa ponn.’cik hati berkata .’ kalau korang salah seorang, thats mean korang ponn HIPOKRIT oke.

Korang nak lg? Adehh. Nanti ade yg tebakor. :P
Agak-agak laa kan, BF anda ni suka bola. Anda pulak tak suka bola. Naa, bukan kaki bola. Tp disebabkan sayang sangat kat BF anda yg sorang ni, anda sanggup tuka minat trus jd kaki bola. Makan bola. Tido bola. J itu hipokrit jugak ke namanya?
Pendapat aku laa, pompan ni pon same hipokrit jugak. Elelehh, sanggup tukar hobi dr tak suka bola trus jd kaki bola. Na na na. Hipokrit juga. Eek, kalau nak cakap perubahan hormon? Heheh, cakap laa. Tp bg aku tetap hipokrit jugak. Okey?
p/s: YES. AKU HIPOKRIT. Gila bangga. Haru la kau mia.

She's Crying.

Buat dak gemokk, heheh saye tiru style awk tulis. Jgn mara. J
Tangisan ..


Tok Pertama Kali...
~Sia dia menangis depan lelaki. Kerana lelaki itu. Lelaki yg bernama  R. Mase ni dekat PLKN. Si dia kate tak tao mcm mane boleh dtg pasaan tu. Si dia pelik. Mungkin si dia kehilangan org yg dia sayang mungkin. Tp yg peliknya, si R tu bukan bf dia pon mase tu. Munshkil’mushkil’mushkil.

Second Time...
~~Nangis lg. Kerana lelaki R juga. Kecewa dgn org yg dia sayang tipoo die. Tp sia dia sudi memaafkannya. Katenya, setiap manusia melakukan kesalahan. Mase ni berlaku setelah setahun hubungan ni berjalan. Dalam kereta, otw g BB. Si dia kate si dia sayang sgt pd R.

Kali ketiga...
~~~Kerana lelaki yg sama. Tp kali ni berbeza. Kerana lelaki itu turut same menangis (depan girl buat perkama kalinya) mereka menangis sebab masing-masing ada perasaan. Si R: menangis sebab perasaan bersalah kerana menduakan cinta mereka berdua. Si dia pula: dengan perasaan kecewa + berkorban demi yg tersyg walaupun sedikit sengsara.


Macam-macam gelagat manusia kan?? Manusia manusia. Kalau bab cinta ni, satu je boleh aku kate.
; kalau ada jodoh, tak kemana.

BREAK ! APA NAK BUAT? SAYA ADA TIPS UNTUK ANDA.

Akhir-akhir ni aku banyak layan novel-novel. Nak kata novel cinta 100%, tak jugak. Kebanyakkannya lebih kepada motivation, tp ada jugak selit2 bab ceritera cinta. Kalau takda pasal cinta, tu bukan noramira ashima laa yg beli tu. Eheh. Tp yg peliknya, aku layan novel yg dah brkurun lama dah dikeluarkan. Haru laa~ heheh.
Ada satu habit yg susah nak kawal, kalau aku dah bukak novel, mmg susah nak tinggal. Mana taknya, bace cerita separuh jalan tak tau ending cerita camne, uii sape tahan? And jgn sesapa kacau aku kalau aku tgah syok layan novel. Alamatnye tempak maut laa.
Sebenarnya aku tak tahu ape reason aku nak cerita kat new entry ni. Carik tajuk entry ni ponn berjam2 lama. Sungguh! Heheh, haruu la mia ni.
Kalau lah aku dpt jd macam ‘ana’ dlm novel  5 tahun 5 bulan. Sungguh dia pandai kawal perasaan dia. Kekadang nak sangat jd mcm dia. Nak jd gurl yg tabah bile dapat tahan segala maki hamun, tahan sedih dipermainkan perasaan dr yg bernama lelaki. Hurm~ Perit sangat bila sakit hati, geram, kecewa, segala benda yg sama dengannya. Aku ingat lagi, dulu bila putus cinta, 8 hari 8 malam aku susah nak terima kenyataan yang aku dah single.( 8 hari 8 malam?? Cikgu matematik mane yg ajar aku ni? J ) Kepercayaan yg aku bg kat lelaki tu, hancur. Bederai macam air. Duit yg laburkan masa bcinta tu pon macam air je. Lg perit bile putus sebab boyfriend aku tu terpaut dekat pompan lain. Bayangkanlahh. Dengar lagu sikit, air mata dah berlinang. Lg jenuh kalau aku tgok balik diari and pic dengan die. Sungguhlahh Tuhan je yg tahu apa yg aku rasa. Dugaan bercinta. Dulu mak pernah cakap, jgn suka2 sgt, nnti menangis. See, sekarang kau dah rase mia!
Tapi, bile dah jadi macam tu, aku takde laa sampai tak ingat tuhan. Nak bunuh diri segala bagai. Telan pil mcm makan smarties. Terjun bangunan macam terjun katil. Nauzubillahminzalik. Jauhkanlah~~
Umur aku pon dah mnjangkau 20, so boleh  pk matang sikit. And aku ada tips kalau agak2 hati korang kecewa tahap giga. Sharing is caring. J
1)      Ingat Tuhan.
; mcm selalu dgr kan? Mana taknya, mak, keluarga, cikgu, lg2 ustazah/ustaz yg mngajar kat sekolah dulu selalu pesan perkara yg sama. Ingat Allah tak kira masa, tempat. Tp kekadang manusia ni biasalah. Alpa. Aku pon dikategorikan jugak. Tp ni lah ubat yg paling mujarab bila hati kita dilanda masalah. Banyakkan berdoa. Ambil wudu’, korang akan rasa diri korang segar sgt. Belum lg sujud pada Dia. MasyaAllah. Tanam pada diri, yg korang takde jodoh dgn A tu, mungkin jodoh korang dgn B atau C mungkin. Apa yg berlaku pasti ada hikmahnya.


2)      Makan coklat.
; yg ni memang selalulah aku buat. mmg bekesan. Rase....susah nak cakap. Korang try la. :)
Kalau rase mkn coklat tu menggemokkan. Korang cilap! Coklat tak menggemokkan kalau diambil dgn kuantiti yg sedikit. Lg ponn, bukan selalu. :P jgn jd mcm aku laa, aku telan coklat. Heheh. Sedap sgt. And aku layan cadbury. Gila cadbury!

; korang boleh ganti dgn benda lain. Ice-cream, pringles, pizza or else. Asal korang happy yaww!


3)      Luah kat teman rapat.
; ha, tu pentingnya BFF. Dia teman mase happy, dia jugak teman mase sedih. Tp tak ramai yg boleh luah perasaan mcm tu. Kalau aku, aku luah mase chating. Bile dah luah kat situ, baru bole luah face to face. Korang dapat rase tekanan n kecewa tu beransur pulih. Trust me. Tp carik lah kwn yg jd pendengar yg setia. Dia akan bg korang soul tok truskan life, bg pendapat segala macam yg kekadang merepek2 jerk. :P means dia nak kamu happy. Tu bg pendapat mcm nak jatuh rahang je. ngaaa..


4)      Enjoyy!
; berhiburlah. J hiburkan diri awk sayang. Jgn sedih2. Macam-macam korang boleh buat. tgok movie, tp jgn lah pegi bantai tgok love story, mmg lahh korang tempah bahana. Adehh!
Pergi karok ke. Same, jgn bantai lagu yg EX BF korang penah dedicated kat korang oke. Ade jugak yg banjir shoping mall tu. Malas g karok, korang sumbat jele telinge korang dgn segala mcm lagu yg syokk! Yg ni best, korg g main game. Syokk oh. Mmg boleh lupe masalah. Aku layan game kete! Korang???


5)      Bobok jele.
; kalau agak-agak korang malas sgt nak buat yg atas2 td, korang g amek bantal and TIDO! Kalau dah menangis sampai boleh buat peta kat bantal korang tu, korang mesti letih. And akan terlena. Dulu selalu uh, gadoh dgn adik sampai nangis2, tak pon nak smtg tp mak tak bg, mesti nangis. Kunci pintu bilik, and nangis2. Tahu2 dah telelap. Hey, ni bukan rekaan tauu. J
Bile korang bangon, korang akan rasa btenaga. Kalau tak jugak, pergi mandi. Anda busyukk! ;)


6)      Santaii.
; hati korang boleh tenang kalau pegi becuti. Mase tu pk la mase depan. Dia bukan untuk anda. Bile pasaan dah oke, brulah bole fikirkan apa tindakan seterusnya n keluar dr kemelut kesdihan tuh. Jgn lupe, mase santai tu korg bole cube tenangkan fikiran dgn lihat keindahan alam. Bintang, bulan, angin bayu pantai, hujan, matahari terbenam, matahari terbit. Nak lg best, korang lihat keindahan alam ni masa kat laut atau bukit-bukit. Malas pergi jauh2? Bukak pintu, korang tgok lahh. Sureee tenang. J


7)      Shopping!
; anda masyukk? Huhu, boleh lah ilangkan stress dgn shopping. Agak2 tgah bulan, hehe gaji tak masuk lg? korang g window shopping ponn dah cukop. Dalam sesak2 org ramai tu, korg boleh lupe masalah. Tp jgn pulak carik masalah baru oke. Waspada kayy. Apa salahnya window shopping dlm sesak2 tu, lg2 kalau kat area BB, TS, pendek kate area K.L laa. Mane tao, tetibe tjumpa jodoh baru. Huuu. Haruu la kau mia. Bg cdgn mrepek2. Hehehe. :P ayoohhh kawan. Jgn bia pasaan sedih kawal diri korg. Chill oke. ;)

8)      Jerittt!
; Agak2 nak lega sgt hati korang tu,ape kate korang pegi satu tempat yg boleh korang jeritt sekuat2 hati. Dapat jerit kat tempat yg begema lg best! Heheh, tp nak lg syok tak? Pegi kat org yg buat korang sakit hati tu, pekik je kat die. :P tp kalau kne sound balik jgn mara gua laa. J

p/s: saya pendengar yg setia. J


Saturday, March 26, 2011

siallxx, ak tak suke kau lahh!

ak tak tahuu nk luah kat mane lg. seb bek ade blog ni. dpt gakk lepas geram yg daa mmbukit tggi dlm hati ni ha. ape korg rase kalu ade SESEORANG ni kacau korang terus-terusan? mmg tak stop'stop. tak reti org nak rehat, tak reti org nak tido, tak reti org byk keje, tak reti org TAK SUKE DIE! sape tak bengang kalau dah hari2 nak kne pick up call die, nak kne repp text die. hey, kau tu bukan BF aku! then bile ak tak angkat call, mule laa nak bjiwang segala bagai. maybe da tepampang kamus jiwang depan mate die ha! camm haram! naik gelii ak dgr. DAMN! tu ak bole saba lg, tp bile da tahap sampai dtg kat tempat keje ak, AND dtg ruma ak dok ngadu kat mak ak APE CERR beb? memg siaallxxxxxx lah. susa laa kalu ade seribu org mcm tu. tak paham2 bahase. agak2 da kne reject call, text tak reply tu maknenye org tu tak suke kat kau lahh. ee, tension ak dibuatnye. sebabkan die jer ak da mencarutt je lebih. kat cini maybe bole cover lg. yelahh ak kann HIPOKRIT! =)

p/s: cakap sal hipokrit ni, maybe nnti da update blog topic "HIPOKRIT" lahh. ak mengaku ak hipokrit,
ANDA BAGAIMANA???

Monday, March 21, 2011

Cerita Lama PLKN.

Bile enat balikk,mcm2 perasaan bsilih ganti. Mule dr kat skola,sume kwn2 ak dok check gune sms je. bile da tgok,kbykan kwn2 ak sume ta dpt. Ak lakk jrg bwk phone g skola,agak2 stayback kat skola bru bwk. Balikk dr skola,trus capai phone. Kononlaa nk check jgkk. Skali dye balas, Tahniah! Noramira Ashima Binti Ali........bla bla bla! Korang paham dahh rasenye maksud msg tuh. Mmg mnjerit ak satu rumah! Mak ak dr dapo trus dtg kat ruang tamu. Tkejott dye. Heheh,sory mak. =) bile da bg tawu,mak ak ponn bebel. Mane tak nye,ank dye ni daa la byk songeh. Nak kate manje,bia org len yg nilai kott. Dye ponn tawu sgt pangai ank dye. Mak mane yg tak risau?
p/s: mira sayang mak!
19 Mac 2009,pagi2 lgi ak kne gerak dr rumah. Ak kene naik bus kat Putrajaya. 1 family ak angkutt. Sampai kat sane,semua muke manusia’manusia tu ak tak kenal! Ya Allah. Lindungilah ak. Sambung cite balikk, mase ak naik bus, ak trus tuju tempat blakang skali. Tu mmg kebiasaan ak kalu naik bus. Boring lahh dok depan. Seb bek ade kosong. Toleh kerusi sebelah hujung tingkap sane,ade minah tgah nangis’nangis. Ak senyum je. Nak pndekkan cite pasal dak yg nangis ni,rupenye2 lepas abes plkn ak smbung Form 6,dye satu skola n satu class ngn ak! Mmg walahh sgt laa. Kecik dunia ni. HAHA.
p/s: skg tak nangis’nangis dah kan iema? =)
Bus nak gerakk dah. Anak buah ak yg kembar dah dok melalak kat bwh. Ak gelak jela. Heheh,tawu korang rinduu kat cikya kann? Rindu nak kne sakat ehh? =) Alek’alek ade sorg dak kecikk ni tga carik tmpat dduk. Hehe. Kat cini takde org ponn wak. Dduklah. Bile dah dduk bdua,kitorang ponn kenal. Nor Shazlin Binti Ngademin. Dye org petame yg ak tego. Mula saat tu jugakk kami rapat. Kecik je orgnye. Comell! Mase dlm bus,ak sorg je yg tak senyap kott. Lepas borak dgn lynn,ak dok gayut kat dlm phone. Bdk2 kat dlm bus dah toleh blakang. Pastu senyum2. Heheh,saba ye kwn’kwn. Biasalah org tga dok syok bcinta. (Hampehh ak ni) J
Lepas punggong ak da panas dok dlm bus tu, kitowang ponn sampai. Signboard kat lua tu tepampang tulis “SELAMAT DATANG KEM PLKN PELANGI HILL RESORT KERLING, SELANGOR’’. Huh,name nak gempakk saje tempat ni. :D sampai kat dewan dye, lepas daftar, kitowang kne naik dorm masing’masing. Ak dgn lynn tak sama dorm,tapii bdepan je rupenyee. Tenang hati ak sikitt. Bile masukk dorm dorg, tade cacat cela. Ohh yeh! Bau cat lg! Kitowang batch petame rasmi kem cni. Cunn lah cmtu! Lepas btego’tego dgn bdk dorm ak,ak kua. Dorg tak sombong. Gud then. Tp time tu nak tgok lynn. Tah cmne bdk kecik tu. J
So,nk jdkan cite,ak slalu lahh dok dtg dorm sbela jumpe lynn. Lynn ponn da ade kwn kat dorm tu. And, kwn dye ponn da rasmi jd kwn ak. Bkn stakat tu, rasmi jd geng FNV lg.  Geng kami je main name buah kat kem tuh. Nk pendek cerita, kami btujuh ni satu kompeni CHARLIE. Cume dorm tpisah dua. And ak sorg je yg tpisah. Slalu jgk la ak myelit kat katil dorg. Tido ramai’ramai. Syok abess. Katil ak kat dorm mmg jrg brusik. Tsisir rapi. Bile ade cikgu check je ak ade ats katil ak tu. J Lupe. KAMI  ade Amy sbg APPLE, Qeela sbg QIWI,Lynn sbg  ORANGE, Abel sbg LEMON, Nanthini sbg Cherry, Mila sbg  tomato  dan ak sbg GRAPE. J
Bila dah kumpul mcm ni,ak jd seronok. Sgt seronok. Macam’macam ada ( iklan astro J ). Modul Fizikal yg plg penat n awesome! HAHA.tp byk halangan ak ta lepas. =) heheh,bkn terel ponn. Kenegaraan ponn best. Khidmat komuniti ponn best and sedihh ponn ade. Ade yg pegi lawat OKU,tp kitowang lawat org’org tua. Bila dorg cerita psl ank2 diorang,sebakk sgt. Korang jge parents korg yer. slagi dorg still ade. Skg ak da rase ksunyian tu. Bile pandang tangan org tua lelaki yg bkeja kuat,ak tringat arwah bapak. Ak da tak dpt rase sentuhan tgn sorg ayah mcm tu lg. Sayang mak ayah  korang tau.
p/s: korang baik kann? Boleh ikhlas sedekahkan Al-Fatihah buat Ali Bin Paijo?
Balik pada cerita plkn balikk,act byk sgt aktiviti yg ade. Kami masuk hutan. Sgguh penat! Tuhan jelah yg tahu. Yg best mase tga camping ni,HAHA kitorang mandi sungai! Cikgu punye mngamokk. Mklumlahh,tade arahan dr cikgu ponn. Kitowang yg memandaii je lebih. Ampunn cikgu. :P Blaja bdikari bile bkhemah ni. Blaja jugak bkejasama. Apa yg penting? Kerjasama.  J  HAHA. Buat khemah sndri,masak ponn sndri. Pndai2 laa agih kann? Yg pling gile skali, hujan lebat kott mlm tu. Kami nak tido. =’(  ak sinopsis kann, khemah kami RUNTOH!
Ade satu benda yg cam GAMP*** gile, kitowang punye kem tade menebak. Alasan: kem ni kem baru. Byk lg yg tak lengkap. Oke,terima kasih.  WahaTeheFcuk! Tapi ade ptndingn kawad. Hitam lahh kami. =(
Part teramat’amat’amat lahh awesome, mase flying fox n rock climbing. Bestt gile! Mahuu lagii! Tp kesian pd mreka2 yg tak reti wat rock climbing. Kne maki. Cian.
Persembahan last sekali dr setiap kompeni ALPHA<BRAVO<CHARLIE<DELTA. Syokk! Ade buat drama,nyanyian. Tp kami buat show. Haha. Peragakan baju’baju yg ade. So,sgelintir dipilih tok jd model. Ade la pasangan’pasangan nye. Ak lakk diarah oleh CIK ABEL,CIK QEELA,CIK APPLE tok pakai baju plg khas. HOH? Gile ni. Macam2 fesyen ade. Sume segak2, sume lawa2. =) Maksud ak, kwn2 ak.  Bile tibe mase ak naik pentas,gigil kott kaki ni. Mcm ni jgk kott kaki kwn2 ak sume. HAHA. Sape tak segan? Oh, LUPE nak bg tahuu. Baju plg khas ape tu ye? Hah,ni dia. Baju jawa. Panas n berat kott ak kne bwk kulur kilir! Dah tu semua naik pentas nyanyi pop yeh yeh! Ak n kwn2 yg pakai bju bak model ni cm mane?? Haha. Dgn baju2 tu laa kami bwk balikk naik pentas. Buat muke selambe jela. =)

Plg tak syok bg ak,tp syok bg korg dgr pasal ni la kot. MUSUH. TERamatlah kami satu geng FNV menyampah kepada budak2 geng BINATANG tu. Sumenye dak ALPHA. Ak ponn pelik knpe dorg suke sgt carik gado dgn geng kami ni. Sgguh2 laa benci kat diorang! Ketua dorg si iguana tu. HAHA. Suke btukar-tuka warna. Siyes! Ak tak tipoo. HEHEH,rambut dye. Mcm2 kale dye bg,hijaula,birulah. Kan da mcm iguana tu. =) Dye ni musuh kuat qeela. Kalu ak lakk, ank buah si iguana tu. Dye dua org ni suke gado pasal lelaki kott. Mane laki yg rapat kat kitorang,HAA laki tu la dorg NAK. PELLIIIKKK BIN AJAIB. Yang lain2 tu sume back-up si dua org td. Kerana nila setitik,rosak susu sebelanga~~~
NEXT topic~Kenangan2 sal becinta kat plkn? Bykk! Haha. Kalau qeela, becintanye dgn A.K . Mase awal2 dorg kenal,bibir qeela ni tak lekang dek senyuman! Seriously! Kdg2 ak ponn diajaknye turun DM sbb nk teman dye jumpe buah hati pengarang jantung dye tu. Mane tak nye, kem ni alorhhh tak tau nk ckp ape. Tgok bdua2 ponn naty kne sound. Bkn buat ape ponn. Dok borak je ponn. Tapi qeela  punye happy semacam! HAHA.  Mia ponn tumpang hapy qeela mcm tu tawuu. Sampai nak tidoo ponn mcm tu jgk. Suke bile dye mcm tu. Comell! Cerita cinta diorang ni kekal lg sampai skg. Alhamdulillah.
Kalau pasal lynn, dye ponn sbnrnye ade cerita cintaa nye jugak. Tp elok ta yah cite kott. Hehe. naty lynn mara  mia. =D
Pasal Apple, dye ponn same ni. Plg dasyatt! HEHE. Jodohnye dgn syafik. Dye ni mule2 sorok semacam sal ceritaaa cintaaaa dye ni. Tp lame2 tak tetahann ye kak tanggung sorg2. =) lepas abes plkn, ak ade teman apple ni g uma syafik ni. Tah. Mcm still on  lg. Mcm takk. Ak ponn bingunggg. Sungguhhh-sungguh laa berahsia budak ni.
Kalau abel,mila,n nandhi ni, tade cerita cinta PLKN. Sume kat luar. =) tu kalu abel, bgayutt mngalahkan ak!
HAHA. Pasal ak plakk kan? Susa nak ckp. Lain kali kott. =) lgponn da penat ni. Naty sambung lg yer?

p/s: tah abad bile laa kan ak nak karang cerita CINTAAAAA PLKN ak lakk ni. =P btw, ak tanak upload pic byk2. HAHA. Pic ak sorg je da ckopp BERATT! Tetttt! HAHHAA.

Tuesday, March 15, 2011

sungguh ak rindu dia!

seriously,ak rinduu dia. awak,saya rindu saat pertama kite kenal. bile saya arah mata saya pandang mata awak,hati saya sayuu. lama saya pandang,tp bile da lame,mungkin awak ponn pasan ade org tga perhati awak. awak carikk pandangan tu. tp saya lagi cepat alihkan pandangan saya. =) pantaskan saya? tapi...bak kata org, akhirnya jatuh ke tanah jua~HAHA. n satu hari tu saya lambat alih pandangan saya. mane taknye,kusyukk tgok gelagat awakk. comell! sejakk dr tu,kite ponn mule rapat. tu petame kalinya kite kenal kann? sungguh saya rinduu awak. saya rindu plkn. tp saya sebak sgt bile tringat balik. qeela,kalu awak bace,mia bukan ta nak cerita psl plkn kat cini. tp mia blum kuat. ni ponn da mgalir dahh ni. qeela paham kann? he's my first love. <3 <3 <3 sungguh mia rindu dia. tp,nak buat mcm mane, dia dah ade pilihan lain. buat kamben hitam a.k.a dodoi a.k.a bebucuk a.k.a honey bee, saya doakan awak bahagia dgn pilihan awak. take care. jage mama elok'elok. jgn nakal'nakal. jgn makan byk sgt tawuu! :')


p/s: 3437~ saya mintak maaf tok segalanya.

Tuesday, March 8, 2011

not in the mood

suram sangat rasenye. tak tahuu knape. g keje ponn macam tak  pegii. aduhh,nape ngn ak ni. penat laa mcm ni. kang kalu senyum,mmg nmpak sgt laa TERPAKSA nye. naty ckp mcm senyum kambing. ha mcm tu laa.kambing senyum ponn ak rase lg elokk kott. kalu mak ak kate, buat muke seposen. tah dr mane mak ak dpt perumpamaan tu ponn ak tak tahuu.''kamus cik mahh'' kott. heheh. kenape gune seposen erkk? knpe tak gune 10 henggett. tak ponn satu sen ke. 0_0


p/s: cik mood,datang laa balikk.

Saturday, March 5, 2011

chemistry

Anda ada  chemistry  dengan saya pabila,
1.       Anda cinta ALLAH, IBU anda, FAMILY anda, BF anda, BBF anda.
2.       Anda  sayang pada TEDDY BEAR (oke,ia sgt comel!)
3.       Anda suka pada KUCING, ARNAB,  tapi anda geli pada ULAR,LINTAH,PACAT,CACING dan segala adik beradik dorang yang same kreterianya.
4.       Anda gile pabila HANDPHONE dan LAPTOP tade dlm hidop korang.
5.       Anda suke ber’POSING bila amek picca.
6.       Anda benci pada perempuan/lelaki GEDIXXXX.
7.       Hidup anda kosong bila MUSIC tak kdengaran kat telinge korang.
8.       Anda sangat gile pada segala yang ade pada namanya KOREA (lagu,movie,tempat dan suasana,malah ORANGNYA)
9.       Anda gemar menghabiskan duit kat SHOPPING complexx yang ade.
10.   Anda penggemar BABY/KANAK2 comel,segala macam name laa.
11.   Anda teramatlah tak suke MEMASAK.tp kene jgk memasak! (makan minum husband naty kne jage)
12.   Anda seorang yang gemar berGOSSIP!
13.   Hati anda tenang pabila lihat LAUT,BINTANG,BULAN,HUJAN,SUNSET (keindahan alam)
14.   Anda cukup tak suka ade org PETIK bunga. (kesian bunga tu tao.cukuplah dgn melihat,merabe,atau mencium bunga tu) ta payah lah sampai nak culik dye. Bwk jao2 dr family dan kwn2 dye.kan kesiann~
15.   Anda peminat setia CARTOON detective conan,naruto,n love story.
16.   Hati anda tertarik pada colour PINK<BLACK<WHITE<PURPLE<RED.
17.   Anda tak boleh berhenti dr membuka laman MUKABUKU.
18.   Anda sedang menanamkan minat pada FOOTBALL.
19.   Anda seorang HIPOKRIT! (knpelahh kann???) tp tu hakikat.
20.   Anda setia memFOLLOW blog saye. =)

p/s: chill ya?

Wednesday, March 2, 2011

melangokk saje lahh~

oh no!poket ak kosong.(bile gaji nak masukk nieyh?)
org len tga syok SHOPPING sakan,ak dok melangok jela.ape bule buat.nasib badan~

to ABG ADNAN: cepatlah masukkan~

to SHOPPING MALL: waiting for me yaa~

Monday, February 28, 2011

Starting =)

hey hey,
akhirnya siap jgk blog ak ni. ( http://www.miamichy.blogspot.com )
tp, maybe ak agak kelambatan sket kann nk share smtg kat blog ni? sayangkann?
btw, ak tak tahuu jenis entry camne yg korg2 kat luar sane tu suke bace n akn trus follow blog org lain.btw, slagi korg punye entry tuu tak menggedik, means  tak perasan sndri, slagi tu ak akn follow blog korg.sbb, ak mmg tak suke org mcm tuh! ak rase korg ponn bkn suke org mcm tuh. kalu skali skala nk puji diri, ak rase oke. tp kalu dahh smpai tahap BANGGA DIRI sampai nk share kat public tiap mase tu, alamatnye bubbye laa!


p/s: jom ~follow~ saye. =)